Azdri Nasyid MP3

Panduan & Renungan

Laman Utama
Mutiara Kata
Panduan & Renungan
AA Gym MP3
Aeman MP3
Akhil Hayy MP3
Alarm Me MP3
Amal MP3
Brothers MP3
Dehearty MP3
Devotees MP3
Far East MP3
Firdaus MP3
Hijjaz Mp3
InTeam MP3
Mestica MP3
Mirwana MP3
Nahwan Nur MP3
Nazrey Johani MP3
Now See Heart MP3
Opick MP3
Qatrunnada MP3
Rabbani MP3
Raihan MP3
Saujana MP3
The Zikr MP3
UNIC MP3

................................................................................................

16 Januari 2010/imagelib/sitebuilder/pictures/animations/words/sha0mh0t.gif

ADAB MENDIDIK ANAK-ANAK

Seorang ibu bertanggung-jawab mendidk anak-anaknya didunia dan akhirat

Perkara yang perlu dilaksanakan terhadap anak-anaknya adalah:

•  Menguatkan dan menyuburkan jasmani anak-anak dengan makanan yg halal
•  Menghindarkan mereka dari segala bahaya
•  Memahami dan mengembangkan bakat mereka
•  Menyuburkan jiwa mereka dengan iman
•  Mengajar dan membiasakan mereka dengan akhlak yang terpuji
•  Mengajar mereka menghormati ibu-bapa dan orang yg lebih tua
•  Mendidik mereka menghormati gurunya
•  Menjaga hidup mereka dengan cara hidup islam
•  Mengajar mereka Al-quran dan menghayati ajarannya
•  Mendidik mereka mencintai Rasul danAllah dan mematuhi segala perintah dan larangannya

................................................................................................

19 November 2009

ADAB DENGAN BINATANG

•  Memberi makan dan minum bila ia lapar
•  Menyayangi dan mengasihinya
•  Berlaku baik ketika menyembelihnya
•  Tidak menyeksanya seperti memukul , mengikat atau membakarnya
•  Harus membunuh binatang yang membahaya seperti ular,kala-jengking dan sebagainya
•  Menunaikan zakat binatang jika cukup nisabnya
•  Tidak melalaikan diri dengan binatang peliharaan sehingga lupa mengingati Allah

................................................................................................

27 Ogos 2009

ADAB KEPERIBADIAN WANITA (ISTERI)

•  Selalu berada di rumah
•  Mengutamakan tugas di rumah dari yang lain
•  Dilarang orang luar memasuki rumahtangga ketika suami tiada
•  Selalu mendampingi suami dan menggembirakan nya apabila di sampingnya
•  Memelihara kehormatan diri ketika suami tiada di rumah
•  Meminta izin pada ibu-bapa atau suami jika ingin keluar
•  Apabila keluar rumah hendaklah tidak menarik perhatian orang ramai
•  Tidak memakai pakaian yg ketat atau mendedahkan badan jika diluar rumah
•  Menundukkan pandangan dari yang haram dan jelek
•  Mendorong dan membantu suami mencari rezeki yang halal
•  Tidak menuntut pemberian yg banyak dari suami
•  Melahirkan sifat malu dan sedikit ketawa,banyak bersabar dan bersyukur
•  Memperbanyakkan mempelajari ilmu agama terutama Al-quran bagi pendidikan anak-anak

................................................................................................

22 Ogos 2009

ADAB BERPUASA

PERTAMA
Elakkan diri daripada segala perbuatan perosak pahala puasa, menjauhkan diri daripada mengumpat, mencela dan memfitnah. Diriwayatkan oleh Al-Thabrani dari Rasulullah SAW bersabda: "Puasa itu Junnah (perisai) selama ia tidak dirosakkan dengan dusta dan umpat."

KEDUA
Kurangkan makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur. Orang yang berpuasa tidak akan dapat faedah berpuasa apabila gelojoh sewaktu berbuka dan sewaktu bersahur. Kesannya: kegagalan fungsi puasa sebagai pemotong hawa nafsu atau mematahkan syahwat yang berlebihan.

KETIGA
Kurangkan tidur terutama di siang hari. Kebanyakan antara kita mencari-cari jalan untuk tidur agar tidak keletihan berpuasa. Ini boleh menghilangkan rahsia dan hikmah puasa yang sebenarnya. Sepatutnya, keletihan dan kesusahan yang harus kita harungi dan kita hayati.

KEEMPAT
Menahan hati daripada memikirkan keinginan-keinginan yang remeh dan urusan-urusan yang tidak baik. Kita juga kerap memikirkan persediaan-persediaan menyambut hari raya yang kadangkala lebih banyak diselaputi kemewahan. Sepatutnya puasa mendorong kita menghindari sikap itu.

KELIMA
Sentiasa memikirkan azab akhirat dan memikirkan seksa neraka. Hendaklah kelaparan dan kehausan itu mengingatkan kita tentang kelaparan ahlul mahsyar pada hari akhirat yang sangat dahsyat.

KEENAM
Mencambahkan rasa berharap kepada keampunan dan kasih sayang Allah Taala. Kita tidak mengetahui, apakah puasa kita diterima oleh Allah atau tidak. Puasa tanpa adab samalah ertinya kita makan tanpa zat dan khasiat.

................................................................................................

28 Julai 2009

ADAB SUAMI MENDIDIK ISTERI

•  Suami hendaklah mengajar isterinya ilmu-ilmu fardhu-ain.jika tidak mampu ,wajib suruh isterinya belajar dengan orang lain atau mencari guru untuk mengajar isterinya.
•  Suami hendaklah mendidik isterinya dengan lemah-lembut dan kasih-sayang
•  Suami hendaklah menunjukkan sifat ikhlas dan amanah kepada isteri
•  Suami hendaklah menyempurnakan kewajipan dengan memberi nafkah yg sempurna
•  Janganlah suami memberatkan isterinya lebih dari yang patut
•  Ajar lah isteri supaya bersabar dalam menghadapi kesusahan
•  Didiklah isteri agar berbuat baik dengan orgtuanya dan mertuanya

................................................................................................

21 Julai 2009

ADAB DUDUK DI DALAM MASJID

•  Hendaklah bersalaman dengan semua orang yg di temui di dlm majlis
•  Hendaklah duduk di tempat yang di tunjukkan oleh tuan rumah
•  Hendaklah duduk di samping orang ramai , bukan di tengah-tengah mereka
•  Tidak boleh duduk antara dua orang melainkan dengan izin keduanya
•  Hendaklah orang datang lewat duduk di akhir majlis/dibelakang
•  Hendaklah memohon izin jika ingin keluar dari sesuatu majlis


................................................................................................

1 Julai 2009

ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI

•  Sentiasa bersifat malu,taat dan hormat kepada suami
•  Diam ketika suami sedang bercakap
•  Memelihara diri ketika suami tiada di rumah
•  Memakai wangian di rumah dan sentiasa membersihkan mulut
•  Meyakinkan diri bahawa suami mempunyai kelebihan
•  Menampakkan rasa gembira ketika suami datang
•  Memuliakan ibi-bapa dan keluarga suami
•  Sediakan makanan untuk suami tanpa di suruh atau di pinta
•  Menjaga harta suami
•  Memberi didikan yang baik-baik kepada anak
•  Menjadi permaisuri dan bidadari bagi suami suami berada di rumah


................................................................................................

28 Jun 2009

ADAB WANITA DI LUAR RUMAH

•  Tidak memakai pakaian yg mendedahkan aurat atau menghairahkan
•  Jika keluar rumah hendaklah dengan orang tua atau muhrimnya
•  Menghias diri dengan sifat malu
•  Berkata yang benar
•  Menghindari bersahabat dengan lelaki bukan muhrim
•  Menghindari dari pergi ke tempat-tempat umum kerana boleh menimbulkan fitnah


................................................................................................

16 Jun 2009

ADAB WANITA DI DALAM RUMAH

•  Menghormati orang tua dan menerima nasihat yang di beri
•  Memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah
•  Melatih diri dalam urusan rumahtangga
•  Menjaga nama baik orang tua dan keluarga
•  Memperbanyakkan puasa dan ibadat


................................................................................................

27 Mei 2009

ADAB (HAK) MUSLIM KEATAS MUSLIM

•  Menutup keaibannya
•  Meringankan kesusahannya
•  Membantu segala yang penting dan perlu
•  Memenuhi hajat dan keperluannya
•  Menghapuskan duka nestapanya
•  Membelanya jika teraniaya
•  Menolongnya jika lemah
•  Meringankan beban hidupnya
•  Menghormati orang tua
•  Kasih terhadap yang kecil
•  Tidak menyusahkan
•  Tidak mencaci atau mengejek
•  Tidak menipu saudaranya yang muslim
•  Tidak dengki,dendam dan sangka jahat
•  Mengasihani sebagaimana mengasihani dirinya sendiri

................................................................................................

23 Mei 2009

ADAB MEMINTA IZIN

•  Hendaklah memberi salam dahulu sebelum meminta izin
•  Hendaklah nyata kan nama , sifat dan gelaran yg baik
•  Hendak meminta izin tiga kali
•  Jangan mengetuk pintu dengan kasar
•  Hendaklah dia kembali, jika tuan rumah menyuruhnya kembali


................................................................................................

17 Mei 2009

ADAB MINUM

•  Sunat membaca Bismillah dan alhamdulillah sesudah minum
•  Makruh minum daripada mulut tempat simpan air seperti botol,kendi dll
•  Makruh meniup atau bernafas didalam air
•  Hendaklah duduk ketika minum
•  Jangan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak
•  Jangan makan dan minum ketika terlalu kenyang


................................................................................................

10 Mei 2009

DOA SEBELUM MAKAN

doasebelummakan.jpg

................................................................................................

8 Mac 2009

ADAB MAKAN

•  Membaca doa sebelum makan
•  Makanan dan minuman dari sumber yang halal
•  Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan
•  Duduk ketika makan dan makan menggunakan tangan kanan
•  Menyukai makanan yang ada dan tidak mencela makanan
•  Sunat bercakap ketika makan
•  Mulakan dengan Bismillah
•  Hendaklah makan dengan tiga jari dan mengecilkan suapan
•  Hendaklah mengunyah dengan baik
•  Tidak meniup makanan yang panas
•  Tidak bernafas di dalam gelas ketika minum
•  Tidak makan terlalu kenyang
•  Tidak memulakan makan kecuali orang yang lebih tua menjamah dahulu
•  Hendaklah sopan terhadap kawan ketika makan
•  Bila selesai makan ucaplah Alhamdulillah


................................................................................................

22 Januari 2009

ADAB DAN HAK TERHADAP IBUBAPA

•  Mentaati ibu dan bapa dalam segala hal kecuali perintah maksiat
•  Berbicara dengan kedua nya dengan sopan dan lemah lembut
•  Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
•  Mencium tangan kedua nya setiap pagi dan petang
•  Memelihara nama,kehormatan serta harta benda mereka
•  Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka minta
•  Berbincang dengan mereka dalam segala urusan dan pekerjaan
•  Memperbanyak kan doa dan memohon ampun untuk mereka
•  Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka
•  Tidak mengangkat suara dihadapan mereka
•  Tidak memotong cakap mereka
•  Tidak keluar rumah tanpa izin mereka
•  Tidak memeranjatkan mereka ketika mereka sedang tidur
•  Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu tidak memuaskan
•  Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka
•  Tidak berjalan mendahului mereka

................................................................................................

16 Disember 2008

MASJID PALING MULIA DALAM ISLAM

Tiga masjid paling mulia dalam Islam:
1) Masjid Al-Haram di Mekah
2) Masjid An-Nabawi di Madinah
3) Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis

................................................................................................

11 Disember 2008

ADAB KELUAR MASJID

1.
Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat selama di luar.
2.
Berniat untuk datang kembali.
3.
Mendahulukan kaki kiri sambil berdoa: "Aku berlindung dengan nama Allah Yang Maha Agung dengan Zat Yang Maha Mulia dan kekuasaanNya yang qadim dari syaitan yang terkutuk".
4.
Memberi salam kepada orang yang masih tinggal di masjid.

................................................................................................

6 Disember 2008

ADAB KETIKA MENDENGAR AZAN

1.
Berdiam diri.
2.
Menjawab seruan Azan.
3.
Berdoa setelah selesai Azan.
4.
Di tambah dengan doa permohonan kerana doa antara Azan dan Iqamah di maqbulkan.
5.
Kerjakan solat sunat Rawatib.

................................................................................................

22 November 2008

ADAB DI MASJID

•  Masuk ke masjid dengan mendahului kaki kanan
•  Ucapkan salam kepada mereka yg berada didalam masjid
•  Menunaikan solat tahiyyatul masjid
•  Jangan bercakap perkara duniawi
•  Duduk menghadap kiblat
•  Memohon agar Allah membuka rahmatnya
•  Sentiasa berzikir kepada Allah dengan suara yg perlahan
•  Jauhi dari menghina islam

Doa masuk masjid;
“ Ya Allah bukalah pintu-pintu rahmat mu untuk ku “

................................................................................................

18 November 2008

ADAB BERPAKAIAN

•  Pakaian bukan dari sumber yg haram
•  Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian wanita
•  Pakaian longgar,tidak menampakkan bentuk badan dan menutup aurat
•  Pakaian dari jenis kain yg tebal,tidak jarang dan nipis
•  Memakai pakaian yg bersih
•  Memakai pakaian dengan mendahulukan tangan kanan
•  Tidak melabuhkan seluar bagi lelaki sehingga menutupi buku lali
•  Bagi lelaki elok memakai pakaian yg bewarna cerah
•  Sebaik-baik pakaian adalah meniru sunnah Rasulullah s.a.w


 

................................................................................................

8 November 2008

ADAB BERJIRAN

  • Dikira jiran itu bermula daripada 40 buah rumah ke hadapan, belakang,  kiri dan kanan.
  • Menziarahinya bila dia sakit.
  • Menerima undangannya bila ada sesuatu majlis kesyukuran atau keramaian.
  • Cuba membantunya sedaya yang boleh bila mereka berada dalam kesusahan.
  • Memaafkan setiap kesalahan dan kesilapan yang tidak disengajakan.
  • ................................................................................................

    16 Oktober 2008

    ADAB BERJANJI

    • Jangan sesekali membuat janji sekiranya anda telah berniat untuk tidak menunaikan janji itu.
    • Jangan berjanji untuk membuat sesuatu perkara yang haram ataupun melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan.
    • Sekiranya anda telah membuat janji maka tunaikanlah janji itu dan jangan sesekali melanggari janji itu jika anda tiada alasan yang kukuh dan wajar.

    ................................................................................................

    16 Oktober 2008

    ADAB BERCAKAP

    Rasullah s.a.w bersabda
    Janganlah bercakap melebihi daripada zikrullah. Sesungguhnya dengan banyak bercakap akan mengeraskan hati dan bila hatinya telah keras maka ia akan menjadi semakin jauh dari Allah.”
    • Bercakaplah dengan nada yang jelas tanpa ada rasa keraguan dan jangan bercakap dengan nada yang samar-samar.
    • Bercakaplah di depan dengan cara bertentangan mata dan jangan bercakap di belakang, ini untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.
    • Jangan bercakap di depan orang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucapkanlah tentang sesuatu yang memberangsangkan.
    • Jangan bercakap mengenai hal orang lain, membuat fitnah serta mencaci maki orang.
    • Jangan memanggil seseorang dengan gelaran yang tidak menyenangkannya.
    • Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenainya

    ................................................................................................

    26 September 2008

    Indahnya Ramadhan

    Dari Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: 'Di dalam bulan Ramadhan umatku diberi lima perkara yang tidak pernah diberikan kepada umat-umat sebelumnya :
    1. Bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi.
    2. Para malaikat selalu memintakan ampunan kepada mereka sehingga mereka berbuka.
    3. Setiap hari Allah menghiasi syurga-Nya sambil berkata : 'Hamba-hambaKu yang soleh ingin melepas beban dan penderitaannya dan mereka rindu untuk memasukimu.'
    4. Pada bulan ini syaitan-syaitan diikat sehingga mereka tidak berleluasa mencapai apa yang dapat dicapainya pada bulan lain.
    5. Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah apakah itu malam Lailatul Qadar?' Baginda menjawab, 'Tidak, kerana orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.' (H.R Ahmad).

    ................................................................................................

    25 September 2008/imagelib/sitebuilder/pictures/animations/words/sha0mh0t.gif

    KEUTAMAAN RAMADHAN

    • Pertama - bulan Al-Quran. Allah menurunkan kitab-Nya yang mulia sebagai petunjuk bagi manusia.
    • Kedua - dibelenggu syaitan, ditutup pintu neraka dan dibuka pintu syurga.
    • Ketiga - malam Lailatul Qadar.
    • Keempat - orang yang berpuasa termasuk shiddiqiin dan syuhada.
    • Kelima - pengampunan dosa.
    • Keenam - dikabulkan doa dan pembebasan api neraka

    ................................................................................................

    15 September 2008

    RUKUN PUASA

    • Niat di waktu malam harinya bahawa esok ia hendak mengerjakan puasa.
    • Menahan diri dari makan dan minum, bersetubuh serta segala perbuatan yang membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar hingga terbenam matahari.

    ................................................................................................

    12 September 2008

    SYARAT-SYARAT SAH PUASA

    • Beragama Islam (orang bukan Islam tidak diwajibkan puasa)
    • Suci dari haid dan nifas
    • Telah mumaiyiz bagi kanak-kanak (tahu membezakan baik dan buruk)
    • Berpuasa pada waktunya

    ................................................................................................

    2 September 2008

    SYARAT-SYARAT WAJIB BERPUASA

    Syarat-syarat wajib puasa :

    • Islam - orang-orang kafir tidak wajib berpuasa.

    • Sampai umur - kanak-kanak yang belum cukup umur tidak wajib berpuasa.

    • Berakal (siuman)-orang yang gila tidak wajib berpuasa.

    • Berkuasa (berdaya) berpuasa - orang yang sakit merbahaya, orang tua yang lemah dan sebagainya tidak wajib berpuasa.

    • Bermukim - orang yang dalam pelayaran (musafir) lebih daripada dua marhalah tidak diwajibkan berpuasa, tetapi wajib mengqada'nya di hari yang lain.

    ................................................................................................

    20 Ogos 2008

    ERTI SYAABAN

    Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.

    Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,

    “Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).

    ................................................................................................

    5 Ogos 2008

    AMALAN BULAN REJAB

    Dipetik dari buku 75 Solat Solat Sunat Serta Doa Dan Wirid
    Di bulan Rejab, dianjurkan memperbanyak doa, amal zikir dengan ketentuan sebagai berikut:
    Diriwayatkan oleh Ibnu 'Asyaakir, dari Abu Umamah, sabda Nabi Muhammad (s.a.w.): "Tiga malam yang tidak ditolak doa padanya iaitu doa di awal Rejab, malam AidilFitri dan malam Aidil Adha".
    Oleh kerana itu dianjurkan:
    1. Puasa pada Khamis pertama bulan Rejab, syurga bahagiannya. (Al-Baqarah)
    2. Bahawa di syurga ada sungai, dinamai 'Rejab' yang lebih putih dari susu, lebih dingin dari ais, dan lebih manis dari madu, sesiapa yang berpuasa sehari dalam bulan Rejab, Allah mengurniakannya minuman dari sungai itu. (hadis)
    3. Puasa pada 1 Rejab, menjadikan kafarat (menghapuskan) dosa-dosa kecil. (Aljaami'us Shaghiir)
    4. Pernah Nabi Adam bertanya kepada Tuhan, mengenai hari-hari apa yang disukai Allah, katanya: 'Nisfu Rejab': Sesiapa yang menghampirkan diri dengan puasa, solat sunat, bersedekah, beristighfar, permohonannya akan dikabulkan, dosanya diampuni, dengan bersedekah dan berzikir & menjaga diri dari berbuat maksiat. Syurga bahagiannya."
    5. Malam 15 dan 27 Rejab, dianjurkan agar mengerjakan solat sunat 12 rakaat dengan 6 salam. Pada tiap-tiap rakaat dibaca fatihah dengan salah satu surah

    ................................................................................................

    22 Julai 2008

    PENGERTIAN IHSAN

         Ihsan itu ialah bahawa "apabila kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihat-Nya, tetapi jika kamu tidak melihat-Nya, maka sesungguhnya Dia melihat kamu."

         Yakni, mengabdikan diri kepada Allah hendaklah dengan perasaan seolah-olah anda melihat-Nya dan jika anda tiada perasaan melihat kepada-Nya, maka hendaklah anda merasa bahawa Allah melihatmu. Maksudnya: ikhlas dalam beribadah atau ikhlas melaksanakan Islam dan Iman.

     

    ................................................................................................

    18 Julai 2008

    RUKUN IMAN

    Rukun Iman ada enam perkara iaitu:
     
    Beriman Kepada Allah
    Dengan Iman, kita membulatkan keyakinan dan menundukkan diri serta hati kita hanya kepada-Nya.Secara positifnya kita menuju Tauhid yang semurni-murninya dan secara negatif kita menolak segala bentuk pemujaan kepada selain Allah s.w.t.
    Beriman Kepada Malaikat-Malaikat
    Dengan Iman kita mempercayai bahawa adanya makhluk ghaib yang bernama Malaikat yang menjalankan tugasnya mengikut perintah Allah.Secara positif kita percaya kepada alam ghaib yang ditegaskan oleh Allah dan secara negatif kita menolak segala bentuk ghaib yang tidak dinyatakan Allah.
    Beriman Kepada Rasul-Rasul
    Dengan beriman kepada Rasul-Rasul, kita mempercayai adanya pesuruh-pesuruh Allah di muka bumi ini untuk dijadikan petunjuk dan teladan.
    Beriman Kepada Kitab-Kitab
    Dengan beriman kepada kitab-kitab suci, kita mempercayai adanya kitab-kitab Allah yang memimpin manusia, yang di akhiri oleh Kitab Al-Quran.
    Beriman Kepada Hari Kiamat
    Dengan Iman, kita mempercayai bahawa di sebalik kehidupan di dunia yang fana ini masih ada lagi kehidupan yang abadi dan berkekalan iaitu suatu tempat penentuan kedudukan manusia sama ada di syurga atau neraka.
    Beriman Kepada Qada' dan Qadar
    Dengan beriman kepada qada’ dan qadar, kita mempercayai bahawa di samping kita berusaha dan merancang akan kehidupan di dunia ini, Allah telah menentukan segala sesuatu itu dan terletak di dalam kekuasaan-Nya. 

    ................................................................................................

    13 Julai 2008/imagelib/sitebuilder/pictures/animations/words/sha0mh0t.gif

    PENGERTIAN IMAN

    Iman adalah kepercayaan atau tasdiq yang kukuh melalui pengucapan lidah dan kepercayaan dalam hati terhadap Allah, kepercayaan kepada Rasul, kepercayaan kepada Malaikat, kepercayaan kepada Kitab-kitab, kepercayaan kepada Hari Akhirat dan kepercayaan kepada Qada' dan Qadar, baik dan buruk daripada Allah s.w.t.

    Iman juga disebut sebagai akidah yang teguh terhadap semua ajaran yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w yang tidak boleh diubah atau dipisah-pisahkan daripada keyakinan seseorang itu.

    Pengertian iman dan akidah seperti yang disebut di atas adalah berdasarkan kepada kenyataan berikut:

    Firman Allah SWT:


    Maksudnya:

    Maka sesiapa yang tidak percayakan kepada Taghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan ( tali agama) yang kukuh teguh, yang tidak akan terombak (putus). Dan (ingatlah) , Allah maha mendengar lagi Maha Mengetahui .”        (Al Baqarah : 256)

    Sabda Rasullah SAW:

    Maksudnya:

    Iman ialah bahawa engkau beriman dengan Allah, kepada malaikat-Nya, kepada kitab-kitab-Nya,kepada Rasul-rasul-Nya, kepada Hari Qiamat dan hendaklah engkau beriman kepda Qadar yang baik dan buruk.” 
    (Muslim dari Umar bin Al-Khattab)

    ................................................................................................

    10 Julai 2008

    RUKUN ISLAM

    Rukun Islam ada lima perkara iaitu:
     
    Mengucap dua kalimah syahadat
    Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu adalah pesuruh-Nya

    Dengan syahadat, kita mengabdikan diri dengan hati dan sanubari dan dengan pengakuan lidah bahawa Tuhan yang Maha Esa itu adalah Allah s.w.t dan Nabi Muhammad adalah pesuruh-Nya.

    Solat Lima Waktu Sehari Semalam
    Dengan sembahyang kita mengabdikan seluruh tubuh badan kita menyembah-Nya.  Mulai dari lidah yang membaca, tangan bergerak, mata , telinga dan fikiran terpusat  dengan susunan rukun sembahyang yang diajar oleh Nabi Muhammad s.a.w.
    Mengeluarkan Zakat
    Dengan zakat, kita mengabdikan kepada Allah dengan menyerahkan sebahagian daripada harta milik kita kepada mereka yang berhak menerimanya.
    Berpuasa di Bulan Ramadan
    Dengan berpuasa, kita mengabdikan hawa nafsu dan segala keinginan kita kepada Allah dengan menahan nafsu makan dan minum serta menjauhkan larangan-Nya.  Ini secara langsung akan melahirkan rasa keinsafan serta meningkatkan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.
    Mengerjakan Haji Di Baitullah
    Dengan mengerjakan haji, kita menyembah Allah dengan harta kekayaan milik kita dan mengunjungi ke Baitullah kepada mereka yang mempunyai kemampuan sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

    ................................................................................................

    2 Julai 2008

    PENGERTIAN ISLAM

       Perkataan Islam berasal dari perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud tunduk, patuh dan ia juga bermaksud selamat, sejahtera serta damai.

       Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah Tuhan sekelian alam. Agama Islam adalah agama yang mentauhidkan Allah dan telah lama wujud sebermula dengan Nabi Adam a.s. sehingga Nabi terakhir Nabi Muhammad s.a.w. Cuma yang membezakan (antara nabi-nabi) ialah dari segi syariat sahaja.

    ................................................................................................

    30 Jun 2008

    ISLAM AGAMA KESELAMATAN DAN KEAMANAN
     

    Islam adalah agama pembawa kesejahteraan. Untuk itu sekali lagi ditegaskan ia tidak boleh dilihat sebagai agama yang mencetuskan keganasan atau memporak-perandakan kehidupan manusia.

    Rasulullah ketika menyelesaikan masalah masyarakat Islam pada zamannya sentiasa menjuruskan kepada keamanan dan kesejahteraan. Demikian juga yang baginda lakukan ketika berhadapan musuh-musuh baginda.

    Tindakan baginda dalam berdakwah umpamanya, baginda tidak mendahulukan menghukum daripada mendidik. Baginda sentiasa mengajar para sahabatnya bahawa mendidik lebih utama daripada menghukum. Jika sahabat mendahulukan herdikan kepada Arab Baduwi yang kencing di dalam masjid maka Rasulullah bertindak sebaliknya. Sikap lemah lembut Rasulullah menggambarkan sikap rahmat yang dibawa oleh Rasulullah. Sikap rahmat ini kita lihat telah menjuruskan kepada wujudnya perasaan kasih sayang kepada para sahabat baginda. Kekecohan dan “hingar-bingar” bukanlah sifat Rasulullah s.a.w.. Maka dengan itu Islam dapat dilihat sebagai agama yang membawa kepada keamanan dalam diri dan kehidupan para sahabat baginda masa itu.

    Adakah terdapat contoh lain yang lebih baik daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.. Kita melihat apa yang dibawa oleh Rasulullah masih wujud masa kini. Namun ancaman, tuduhan dan ugutan semakin mengambil tempat daripada mengutamakan mendidik dan menasihati di bibir umat Islam masa ini. Jika inilah sikap kebanyakan generasi Islam maka bagaimanakah keselamatan dan keamanan dapat diwujudkan di dada umat Islam masa kini. Apatah lagi kepada orang yang tidak beragama Islam.

    Sebut sahaja perkataan Islam apa yang digambarkan oleh bukan Islam adalah wajah-wajah militan, tiada toleran dan kemunduran di sana sini. Warna-warna inilah yang mewarnai segelintir masyarakat Islam masa kini walhal Islam yang dibawa oleh Rasulullah adalah agama untuk kesejahteraan, kedamaian dan keselamatan. Mungkin mereka ada alasan lain untuk mempertahankan tindakan sebegitu namun soalnya adakah tindakan begini yang menjadi keutamaan Rasulullah s.a.w. dalam menyebarkan dakwahnya ke seluruh alam.

    ................................................................................................

    26 Jun 2008

    KESELAMATAN DAN KEAMANAN DARI PERSPEKTIF ISLAM

    Islam agama yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. menganjurkan nilai-nilai murni dan luhur. Ia digambarkan melalui keperibadian Rasulullah yang memiliki akhlak yang mulia, bersifat sederhana dan suka melakukan kebaikan sesama makhluk. Ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah ini telah menyumbangkan keamanan dan memberi rahmat kepada alam sejagat seperti yang digambarkan dalam firman Allah S.W.T.yang bermaksud:

    Tidaklah Aku utuskan engkau wahai Muhammad melainkan menjadi rahmat kepada seluruh alam. (al-Anbia’ : 107)

    Keamanan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. dibuktikan apabila kita melihat masyarakat Arab Jahiliyyah yang sebelum ini hidup dalam bermusuhan tampil membina tamadun Insaniah yang sungguh mengkagumkan. Kehebatan dan kemasyhuran bangsa Arab ini kemudiannya tersebar di bawah panji Islam ke kawasan-kawasan lain di muka bumi ini. Ketika bumi Eropah masih hidup dalam zaman kegelapan bangsa Arab telah mencipta tamadun yang meliputi pelbagai bidang seperti astronomi, ilmu sains, perubatan, ekonomi dan sebagainya.

    Rahsia di sebalik kejayaan ini adalah keamanan yang dibawa oleh Islam dan pejuangnya sehingga Islam menjadi satu agama yang dikagumi dan disegani.

    Jadilah Yang Pertama Dalam Segalanya,
    Walau Yang Terakhir Pada Permulaannya..